Syarat-syarat:
1. Pemulangan peralatan boleh dibuat dalam tempoh satu (1) hari selepas penggunaan / program.
2. Sila kembalikan dengan segera peralatan-peralatan yang telah dipinjam bagi mengelakkan kehilangan wang deposit anda.
3. Pastikan peralatan-peralatan yang dipinjam dipulangkan dalam keadaan baik dan bersih.
4. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan perlu dimaklumkan kepada pegawai masjid. Ganti rugi akan dikenakan atas kecuaian pihak
peminjam.
5. Urusan pemulangan perlu dimaklumkan kepada pegawai masjid yang berkenaan.
6. Sebarang pertanyaan atau permasalahan, sila hubungi: Ustaz Azrul (0196002985) atau Ustaz Adam (0174076967).